Kebun vanila berkeluasan 0.81 hektar di Taman Pertanian Permatang Pauh, Pulau Pinang menjadi kebun pertama di Malaysia yang menggunakan teknologi pertanian pintar yang dijangka memberi pulangan RM1.5 juta setahun.
Pengarah Urusan Jubli Rebak Baru Sdn Bhd, Ezra Tan berkata kebun vanila pintar yang diselia oleh Kairos Agriculture (perusahaan sosial yang diuruskan oleh Jubli Rebak Baru Sdn Bhd) itu menggunakan Teknologi Agrikultur 4.0 meliputi teknologi kebendaan (IoT), kecerdasan buatan (AI), penggunaan data raya serta pembelajaran mesin dan sistem dron.
“Sebanyak 8,000 keratan batang pokok vanila telah ditanam di atas tanah seluas dua ekar (0.81 hektar), malah kebun pintar ini menggunakan teknologi sistem penyiraman yang akan bertindak secara automatik jika keadaan cuaca didapati terlalu panas atau kelembapan tanah terlalu kering.
“Kemudian kita juga akan menggunakan sistem machine learning iaitu satu teknologi yang akan memantau kondisi tanah dan persekitaran yang membolehkan tanaman vanila tumbuh dengan lebih pantas,” katanya dilaporkan Bernama.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Kebun Vanila Pintar Pertama Malaysia oleh Ketua Menteri Chow Kon Yeow di Permatang Pauh Agropark, di sini hari ini.
Beliau berkata pihaknya turut menjalin kerjasama dengan Universiti Sains Malaysia (USM) dalam penyelidikan mengenai kajian kebolehupayaan kadar pertumbuhan tanaman vanila dengan pantas yang mempengaruhi sesuatu keadaan seperti cuaca ataupun persekitaran.
Tan berkata menerusi kaedah penanaman digital itu, pulangan hasil tanaman vanila dianggarkan bernilai RM1.5 juta setahun.
"Kami turut akan mengeksport hasil tanaman ini ke negara Jepun selain merancang untuk bekerjasama dengan pemain industri yang dilihat dapat mengembangkan lagi teknologi penanaman digital yang akan menggunakan teknologi robot," katanya.
Sementara itu, Chow berkata kerajaan negeri melalui Perbadanan Ketua Menteri Pulau Pinang (CMI) menawarkan tanah seluas 1.61 hektar lagi kepada syarikat tersebut bagi mengusahakan tanaman sayuran, herba dan rempah.
“Seperti yang kita maklum, tanah di negeri ini amat terhad. Jadi, dengan saiz tanah yang terhad itu memang kita tidak mampu untuk bersaing dengan negeri lain (dari segi pertanian).
“Namun, melalui penggunaan teknologi ini, ia diharap dapat membantu golongan usahawan tani menghasilkan tanaman yang jauh lebih bermutu selain membantu golongan petani menjana pendapatan,” katanya.
Agensi
Sat Aug 15 2020
Pulau Pinang menjadi negeri pertama melancarkan tanaman vanila menerusi kebun pintar. -Bernama
Penduduk Malaysia cecah 34 juta - DOSM
Penduduk Malaysia pada suku tahun pertama 2024 (ST1 2024) dianggarkan berjumlah 34 juta, meningkat 2.3 peratus berbanding suku tahun pertama 2023 (ST1 2023).
AWANI Ringkas: Saman Lim Kit Siang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Universiti seluruh dunia jadi hab sokong perjuangan Palestin
Universiti menjadi hab mega aktivisme bagi pelajar mengangkat perjuangan Palestin dan membantah pembunuhan yang sedang dilakukan oleh Israel dengan sokongan sekutunya, Amerika Syarikat.
Ippo Hafiz gagal hadirkan diri kes tuntutan cerai, hak jagaan anak
-Saya dah failkan kes ini pada Februari, harapnya dia datang lah bagi sebutan kes minggu hadapan supaya boleh selesaikan dengan cara yang baik.
Piala Asia: Kazakhstan calar rekod bersih Malaysia
Skuad hoki dalam dewan wanita alami kekalahan pertama di tangan Kazakhstan, 1-5, pada saingan ketiga Kumpulan A.
Pusat Arkeologi Guar Kepah 98 peratus siap, akan dibuka akhir tahun ini
Pembukaan pada akhir tahun itu setelah mengambil kira fasa pemindahan rangka dan artifak Guar Kepah.
MBPP, MBSP diarah periksa pokok tua
Arahan juga dikeluarkan untuk kedua-dua pihak berkuasa tempatan (PBT) itu menjalankan pemeriksaan pokok secara berkala.
Singapura sedia mengalu-alukan PM baharu pada Rabu
Lawrence Wong, 51, akan menggantikan Lee Hsien Loong, 72, yang telah berkhidmat sebagai perdana menteri sejak tahun 2004.
Agong terima menghadap Panglima Tentera Udara, Laut
Sultan Ibrahim turut berkenan mengajukan pelbagai soalan serta pandangan mengenai perkara-perkara berkaitan TUDM dan TLDM.
Akaun Fleksibel: Memahami impak, jangkaan selepas pengeluaran
Pengenalan akaun 3 oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menawarkan kelonggaran kepada pencarum untuk mengeluarkan sebahagian daripada tabungan dalam kadar tertentu bagi tujuan perbelanjaan kecemasan atau saat-saat diperlukan.
Pulau Pinang lancar kebun vanila pintar pertama di Malaysia, guna kecerdasan buatan
Pulau Pinang hari ini menjadi negeri pertama melancarkan tanaman vanila menerusi kebun pintar yang pertama seumpamanya di Malaysia yang akan memberi pulangan dianggarkan bernilai RM1.5 juta setahun.